Friday 12 August 2011

KeBaiKan MerOkOk??? 1 (P) 16 (M)



  • Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi resiko tersebut aktiflah merokok.
  • Memanfaatkan Pemetik api “built in” di dalam kereta, kenapa tidak  untuk mencucuh api rokok.
  • Memberikan peluang pekerjaan bagi kilang rokok, doktor, peniaga, pembuat ashtry dan kilang ubat batuk.
  • Mengalami suasana kampung yang asli kerana ruangan merokok berasap , seolah-olah kabus di awal pagi.
  • Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi orang yang alergi dan fobia dengan bau perfume.
  • Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi newbie merokok itu bukanya mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan.
  • Menambah kenikmatan dengan minum kopi dengan makan pisang goreng sambil merokok!
  • Mengusir penjahat, Anti pencuri, suara perokok batuk di malam hari berguna untuk mengusir penjahat.
  • Membuat awet muda, kononnya perokok tegar mati muda, akibat kanser paru-paru
  • Mereleasekan tension
  • Membuat diri bertenaga
  • Mutu, bergaya, keunggulan
  • Menenangkan jiwa dan raga
  • Mengurangkan resdung
  • Menghalau Nyamuk ketika Nyamuk sedang mengganas
  • Mengeratkan silaturrahim (ketika nak pinjam lighter)
  • Menghilangkan Rasa mengantuk.

hahaha... inilah kebaikan merokok kalau nak tahu... huuurrrmmmm....walaupun banyak kebaikan merokok...

tp, :-(( aku xnk lagi merokok...!!!

aku xnk lagi bakar duit..!!!

aku nak diri aku sihat..!!! 

aku nak sume org suke aku sebab aku x merokok lagi..!!!

(mak, maafkan sy mak, sy pernah buat mak menangis.. sy rasa bersalah sngt2 mak.. mak.. maafkan sy mak.. sy janji..sy berusaha meninggalkan rokok.. mak doakan yee)

MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN...

"Pada sape2 yg baca nie, doakanlah aku berhenti merokok yee"

"ya allah.. tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat2ku, org2 sekelilingku, guru-guruku. ya allah.. berikanlah aku hidayah dariMu ya allah... aku memohon padamu ya allah.. tingkatkanlah tahap kesabaranku untuk berhenti merokok ya allah.. aku merayu padaMu ya Allah... jauhkanlah aku dari benda haram yang merosakan tubuh badanku ya allah...dengan berkat Mu ya allah... aku berharap aku dapat meninggalkan terus ROKOK dari hidupku.. amin ya robbalalamin..."

(sape2 yang baca doa nie.. terima kasih yee... jasa baik dirimu tetap ku kenang sampai mati) ;-)



1 comment:

Unknown said...

aminnn. :)

suruh soba bace etek entri ni. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...